PEMBERITAHUAN

SILA KUNJUNGI LAMAN WEB KAMI UNTUK INFORMASI TERBARU TENTANG PROGRAM ILMU HIKMAH.

Ahad, 1 Julai 2012

Pokok Keluat


Pokok Keluat

Keluat adalah pokok yang mempunyai daging kayu yang lembut yang sukar ditemui biasanya ia diperolehi dihutan Negeri Pahang. Keluat yang biasa ditemui ialah Keluat Nasi berwarna hitam dan Keluat Darah berwarna merah (macam darah). Keduanya pabila digesel pada kertas putih akan meninggalkan tanda warna yang sama dengan kayu ( Keluat Nasi - Hitam dan Keluat Darah - Merah)

Khasiat

1) Teras Keluat biasanya disusuk pada ayam sabung yang juga didakwa sama fungsinya dengan susuk yang ditanam pada badan manusia. Teras Kayu Keluat akan diasah sehingga tajam seperti jarum serta dipuja menggunakan jampi tertentu sebelum ditanam pada bahagian badan ayam sabung tersebut.

2) Dalam perubatan tradisional, teras keluat diguna untuk membangkitkan tenaga dalaman individu yang sakit tetapi caranya tidak sama digunakan kaki ayam terbabit. khasiat yang selalu diperkatakan tentang teras keluat ini adalah untuk ketahanan kulit sehingga kebanyakan peninju tomoi akan mengamalkan minuman air teras akar keluat disamping menjadikannya sebagai cincin atau gelang.

3) Kebal dan tahan urat : terasnya direndam dalam air suam untuk amalan minum harian.

4) Mencuci perut (julap): akarnya dikeringkan dan direbus untuk diminum.

5) Ubat sakit gigi berlubang : akarnya diasah pekat,masukkan kedalam lubang gigi. Insyaallah 3 minit kesakitannya beransur lega.

6) Selusuh (mudah) bersalin : rendam akar dalam minyak masak sekadar setenggah cawan dan diminum.

7) Tahan lama jimak: Serbuk asahan kayu ini (terbaik adalah akarnya) dan dibasahkan dgn air sedikit - Sapu pada kemaluan 5 minit sebelum bertarung. Kemaluan hanya boleh kendur setelah dibasuh dengan air. Kalau tidak sampai ke subuhlah berkayuh tak berhenti.

8) Teras ini juga dikatakan boleh digunakan memasung makhluk halus oleh pengamal perubatan tradisional yang mahir.

9) Awet Muda - Gosok - Ambil Serbuk sedikit di campur air suam - minum setiap Pagi sebagai amalan hidup sihat.

10) fighter Tomoi di Siam, ikat teras keluat di pingang depa – katanya bagi tahan sakit kena belasah masa dalam ring.

Peringatan - Bagi yang membuat amalan minum rendaman air kayu keluat - di nasihatkan melakukan activiti physical agar perjalanan darah lancar. Tidak sesuai bagi golongan yang tidak active dan hanya kerja mengadap PC :-)


(source dari Internet dan petua orang tua-tua)

Jumaat, 1 Jun 2012

Halia Bara


Halia Merah (Bara)

Halia Merah merupakan sejenis halia tetapi ia berwarna merah. Bentuk pokoknya adalah serupa dengan halia biasa (yang biasa digunakan dalam masakan) hanya ia lebih kecil dan lebih rendah. Rimpang atau buahnya juga kecil dan berwarna merah. Aromanya sama seperti bau halia biasa namun lebih tajam. Bahagian tanaman ini yang memiliki khasiat penyembuh adalah rimpang atau akarnya.

Halia merah mengandung 2.50—3.90% minyak asiri yang terdiri dari senyawa zingiberin, kamfena, lemonin, zingiberen, zingeberal, gingeral, dan shogool. Bukan itu sahaja, Halia merah juga mengandung minyak damar, pati, asid organik, asid malat, asid aksolat, gingerin, dan oleoroksin.

Khasiatnya

Kunci kesihatan seseorang sebenarnya bergantung pada kelancaran peredaran darah dalam badannya, jika aliran darah tersekat atau tersumbat, penyakit akan mudah untuk timbul, antaranya seperti rheumatik, sakit pinggang, gout dan badan mudah letih, masalah-masalah ini dapat di atasi menggunakan halia merah.

Selain itu rimpang halia merah juga dapat melegakan saluran pernafasan, menambahkan air susu ibu, mengembalikan selera makan, meredakan batuk dan selesema, serta meningkatkan kualiti kehidupan seksual.

Untuk mengubati batuk kering dan perut mulas, halia merah boleh dikunyah langsung atau dengan cara diperah dan diminum airnya, lakukan sebanyak tiga kali dalam sehari, selama tiga hari berturut-turut atau sampai gejala penyakit reda. Untuk mengatasi luka atau melecet, cukuplah dengan cara menempelkan halia merah yang ditumbuk pada luka.

Hal sama juga dapat dilakukan pada luka-luka, terkena duri dan gatal-gatal, khasnya pada luka terkena gigitan ular, caranya tumbuk halia merah kemudian dibubuh sedikit garam dan seterusnya dilekatkan pada luka tersebut

Pengganti Viagra

Tanpa melalui proses sintetis, halia merah sememangnya telah kaya dengan kandungan kimia, seperti unsur 1, 8 cineole yang berperan mengatasi ejakulasi pramatang, sementara anestetik antikholinesterase mampu merangsang aktiviti saraf pusat dan merangsang ereksi. Selain merangsang ereksi dan mengatasi ejakulasi pramatang, mencegah kemandulan dan memperkuat daya tahan sperma. Unsur farnesal yang terkandung dalam tanaman ini juga mampu mencegah proses penuaan karena ia berperanan merangsang regenerasi sel kulit.

Untuk menambah gairah seksual, Anda dapat mencampur jahe dengan lengkuas, mengkudu, lada, telur ayam kampung dan sedikit garam. Caranya: tumbuk halus lengkuas, jahe dan lada. Kemudian air perahan buah mengkudu masak ditambahkan pada air rebusan. Setelah itu, campuran ini ditapis hingga menjadi satu gelas air ramuan, tambahkan garam kemudian kacau hingga sebati.

Segelas ramuan kemudian dibahagikan pula kepada dua bahagian, masing-masing ditambahkan dengan sebiji kuning telur ayam kampung, kemudian kacau hingga sebati dan ramuan ini sedia diminum oleh suami dan isteri yang memerlukannya. Jika mahu boleh juga ditambahkan dengan madu lebah.

(sumber dari article Internet)